Thursday, December 31, 2009

new decade

Happy new year!! kita akan masuk ke dekad yg baru..2010..

Soalan2 biasa utk taun baru:
1) Apa azam taun baru?
2) Apa perkara paling indah/pahit sepanjang 2009?
3) Apa azam yg xtertunai taun lepas?

utk saya, azam saya sentiasa ada, xperlu tunggu taun baru..hehe..tp selalunya azam hangat2 tah* ayam..huhu..sekejap je pastu dah lupa or buat2 lupa :)

utk taun ni, paling penting kena sentiasa ingat ttg azam dan berusaha dgn kadar seragan sambil berjaya!

ni senarai azam saya utk 2010:

1) Mengandung dan mendapat zuriat..(doakan kami ye..)
2) Mendapat diploma in welding engineering drpd TWI, IIW and EWF
3) Memiliki iphone (3G/ 3GS)
4) Lebih tekun berusaha mendalami ilmu welding dan mengumpul experience secukup2nya
5) Memiliki laman web utk jualan baju
6) Majukan bisnes baju (bykkan promotion, tambah ilmu photoshop)
7) Tinggal di rumah baru yg kemas, teratur, trendy and sgt cozy
8) Membeli kereta utk ibubapa (kongsi duit dgn siblings) - VIVA?
9) Mencari kenalan rapat susah dan senang
10) Mencari peluang pekerjaan baru di syarikat besar yg lain (welding eng or qa/qc eng)
11) Buat pasport dan start travelling
12) Menurunkan berat badan (now 59-60kg) kepada 49-50kg.
13) Pupuk minat suka membaca
14) Tingkat kualiti ibadat dan berpakaian lebih sopan sesuai dgn imej isteri/ibu solehah
15) Menjadi lebih peka pada persekitaran (global warming, recycle..)

wah banyaknya!! insyaAllah akan berusaha sehabis baik..sebelum sampai taun 2011, azam2 ini sudah berjaya dicapai..


Tuesday, December 29, 2009

moyang kt temerloh

huhu..saya berazam update blog setiap hari :) bagus x? tp ada ke sesiapa peduli? ada ke sesiapa baca n follow? hmm..jealous sgt ada blog yg ramai giler org follow..mcmne dia buat eh? ada petua x?

masa hari raya haji yg lps, giliran kami pulang ke Kuantan. wah sgt puas mkn daging yg sedap n fresh. tpp agak kecewa kerana hasrat hubby utk korban taun ni xkesampaian dek tuan lembu xjadi nk sembelih lembunya...wah..sgt2 kecewa ok..

tp hari raya ke2 kami pergi ke temerloh (kmpg paya panjang)..wah rasa jauh sbb masuk jalan kampung yg sempit n berliku2...tp best sbb jln ni btul2 sebelah sungai pahang :)

tujuan g sana nk ziarah to'ki hubbyku yg dah uzur..umurnya lingkungan 90an..tp msih sihat..n paling kagum.. mata, telinga n all pancainderanya sgt baik lg. ingatan dia plak mmg superb. dia bleh ingat semua nama anak2, menantu2, cucu2, cicit2..huuhu mmg kagum laa..n dia xde sakit apa2 mcm darah tinggi, kencing manis etc..dia cuma ada lelah yg dtg bila dia batuk/demam..apa petuanya eh? to'ki ni belah mak hubbyku..harap dapat kesihatan yg macmni dihari tua kami..amin..

seronok sgt g sana..mmg massa kami dtg akan lepak kt dapur n tolong diorg masak. mmg happening giler..dulu masa mek (mak sepupu) kawin pun, kitorg lepak dapur gak masak. hiihihi..

wish to have a big family like my hubby someday...coz keluarga saya adalah sgt2 kecil :( nak dapat anak ramai2..doakan eh :)

to'ki bersama cicitnya (hubbyku)to'ki bersama cicit menantunya :P

Monday, December 28, 2009

ofis dulu dan sekarang

Pada 7 December 09, kami (QA/QC Dept) telah berpindah dr Naval Building Floor 2 ke Floor 1. owh, saya agak gembira kerana di tingkat bawah, keadaan sgt teratur dgn kiub2 yg tersusun. sebelum ni, ofis kami berselerak dgn meja2 dan almari2 file.

Tp sebaik berpindah, ramai yg sedih kerana mereka terpaksa melupakan meja yg besar dan ruang peribadi yg selesa. kesian2 QA Engineers kerana meja mereka kecil dan ruang sgt sempit dan ini sama saiz dgn meja admin and clerk. saya bukan bertujuan utk membeza2, tp sepatutnya ada sedikit keistimewaan bagi mereka.

utk saya pula, kami 8 orang (1lead welding eng, 4 welding eng, 2 asstn welding eng and 1 asstn QS) ditempatkan di satu bilik khas utk welding section. Asstn QS ditempatkan bersama kami kerana privacy bagi idoc2 and account. meja kami sedikit besar berbanding mereka di kawan kiub di luar. alhamdulillah, saya lebih selesa berbanding ofis lama.

hmm..mungkin nanti saya akan paste gamabr ofis lama and baru..tp kt bawah ni saya ada paste gambar2 meja kerja saya masa saya menjadi QA Eng..masa ni kt office project management team(PMT) project PC4. owh now br saya realized yg saya xde gambar kt ofis naval floor 2 and floor 1. mesti diambil secepat mgkn sblm floor 2 di renovate..huhu

sgt2 bz time ni. bole dikatakan setiap hr blk mlm :(

Saturday, December 26, 2009

DAC and FAA 3

masa holiday seminggu haritu dpt bad news plak dr yoges (my fren kt WEDP class). dia ckp saya failed DAC3 (written) and FAA3 (written and oral!!). OMG!! tensionnyer...xsangka boleh failed FAA both written n oral coz saya rs saya buat quite ok aritu. DAC plak mmg as expected la..

4 org je pass DAC and 5 org je passed FAA3 out of 20 of us. uish? mmg sgt2 dasyat. sebelum mni MAB je yg penah mencatat rekod paling ramai yg failed. huhu..

geram ngan tony wittaker sebenarnya. masa mengajar mmg hampeh je..dia ada bg hint utk exam n oral...mmg hafal giler2 ITP and WPS..tp mcmne boleh failed ni? oral plak soalan yg ditanya agak mencabar..tp rasanya dapat jawab dgn ok la jugak. tp failed? uish..apa maksud sebenarnya ni? waaa bingung aku bingung..huhuhu

xtau la bila akan repeat balik 2 paper ni. hopefully bukan dlm masa terdekat ni la..waa pressurenya dah rasa skrg..mmg 2 paper yg susah!! pray for my success yea..

ni Ian yg ajar design and construction (DAC)

Tony Wittaker yg ajar fabrication and application (FAA). ni je yg dia buat sepanjang 4 ari class. bg soalan n buat self revision. geram tul !!

Friday, December 25, 2009

mimpi

betul ke mimpi mainan tidur? sejak kebelakangan ni saya asyik mimpi hantu je..sampai selalu terjaga n penat..n kadang2 menangis..apa sebabnya ye?

smlm saya balik dr wayang..tgk avatar dgn suami, caca n sue. tgk midnight, sampai umah pkl 3 pagi..tidur pukul 3.30 pagi..bangn pergi keje pkl 7 pagi. dlm masa yg agak singkat ni pun saya sempat lagi mimpi..mcm2..sampaikan basikal merah saya yg selalu saya kayuh kt yard pn boleh berhantu. basikal merah saya dh bawa blk ke rumah sebab tempat duduknya telah dikebas org :( dlm mimpi tu, basikal merah ni berjalan sendiri keluar dr rumah saya tanpa dikayuh sesiapa. sgt seramm..n tempat duduknya pun xde mcm yg actual skrg.

dulu, saya selalu mimpi kena kejar hantu..mcm2 jenis hantu..hubby ckp tidur xsolat la..xbasuh kaki la..xgosok gigi laa..tp saya mmg buat semua tu sebelum tdo..dah baca mcm2 sebelum lelap..tp still mimpi pelik2 gak..

kenapa?

basikal merahku

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah

mulai hari ini, saya akan pulang ke kampung utk menghabiskan cuti tahunan..selama 3 ari..iaitu dr 18dis09 hingga 23dis09. peluang cuti maal hijrah diambil dan sekaligus cuti 3rd week saturday..so, total dapatla 6 ari..tp akan balik ke psr gudang 22dis09..23 ada plak nk ke kwsp n imegresen..n my sis in law, caca n kawan dia nk dtg umah jugak..

byk barang nk kemas ni..dapur ada periuk skit nk basuh, n k kemas baju utk bwk balik, lappy etc..hmm..tp ntah la, sampai skrg masih mengadap lappy gak, xbuat apa2..malas..lagi2 malas..naper ntah.

owh, sebelum tu, saya nak mengucapkan selamat menyambut maal hijrah..sudah 1431M taun ni..semoga apa yg dihajati pada taun akan dtg akan tercapai, insyaAllah..hijrah Rasulullah sgt besar ertinya dlm sejarah Islam.

setiap manusia pasti ada azam utk taun baru, samada sambung azam taun lepas atau ditambah dgn azam yg baru..saya? masih mencari2 la masa depan..

mungkin bercuti di kampung seorang diri akan dapat berfikir tentang masa depan..ye, saya akan berusaha berfikir tentang apa yg saya mahu nanti..

Wednesday, December 16, 2009

malas..

dah seminggu lebih xupdate blog..malas..n rasanya xde benda yg best nk diceritakan kt blog. suka baca blog org lain je, seronok tgk diorg tulis mcm2..idea xpernah putus..

hari2 saya bangun pagi, bekerja sampai pukul 6 ptg, kadang2 sampai mlm..blk umah masak skit2 utk hubby n along mkn..n tdo..n esok melalui hari yg sama..dan sama..

n tanpa perasan, dah setahun masa berlalu begitu shj..

future? ada terfikir skit2..tp xtau la macamne..mungkin kena berfikir lebih dalam..n taun depan, maybe byk keputusan penting dlm hidup perlu dibuat..
tertarik dgn gambar ni ; diambil dr blog yg saya suka baca setiap hari, pja..

Thursday, December 3, 2009

binatang yg cumil..saya suke :)

saya sangat suka kucing. pernah ada seekor kucing yg sgt cumil..namanya jackie..tp mak buang sbb dia buat perangai..buang merata2 dlm rumah :(

lps kawin, hubby xsuka kucing..so, xberpeluang nk membela..puas dah pujuk tp dia xmau plak. alasannya, kucing pengotor..buangannya busuk,, bulunya banyak gugur...so, mmg xleh la bela..tp bg saya, tu semua kita bole jaga kan? hmm..tp nk buat camne kan..hidup bersama kena la ada give n take..

hmm..perasan x baru2 ni kt blog baju n blog ni saya ada bela virtual hamster? cumil kan? adik saya pernah ada hamster yg cumil..tp xberani nk pegang..takut n geli..hehe..tpp suka tgk perangai dia..dia suka main..suka tidur..minum n makan..sgt cumil kan masa dia mkn kuaci? dapat bela dlm lappy pun kira ok la kan? hehehe..

adik saya,, drose ada kucing yg sangat cumil..namanya kiki..dan sebelumnya, kucing kiah namanya momot. selalu gak lepak umah diorg n layan kucing2 cumil ni. tp baru2 ni momot mati, mcm termakan racun..ciannya sangat kiah n drose..dia citer masa nk tanam, hujan renyai2 n suasana pilu sgt..n sedih giler..pada kiah n drose, sabar la yea..

momot hidung itam sgt manja n cumil..RIP :(

kiki bermata hijau n kuning

Thursday, November 26, 2009

AidiAdha dan pengorbanan


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

Hari Raya Aidiladha
(bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Wednesday, November 25, 2009

Che Det

Siapa Che Det? Apa tu? saya pun baru tau setelah menonton history channel di astro 555 . rancangan biography tentang bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Biography ni terbahagi kpd 2 bhgn..part 1 dah disiarkan minggu lps..dan part 2 minggu ini. saya tgk part 1 dua kali n part 2 baru tgk 1st time td. hopefully dpt tgk sekali lg..ingin ditekankan di sini, ini bukan blog politik..saya hanya ingin memberi pendapat ttg apa yg saya rasa setelah menonton biography yg menarik ni.

1stly, saya rs kagum sbb dia adalah seorg ahli politik yg baru setaun jagung tp mempunyai cita2 tinggi utk melihat kaumnya sendiri berjaya. slps pemerintahan jepun, org melayu hanya bercucuk taman, menjadi nelayan dan melakukan pelbagai kerja2 kampung. ekonomi pd masa tu dh dikuasai oleh bangsa cina. disebabkan surat yg diutuskan kpd PM yg pertama, Tunku Abdul Rahman, Dr Mahathir telah disingkirkan dr UMNO. tetapi selepas Tunku Abdul Razak menjadi PM, beliau telah menjemput kembali Dr Mahathir ke dlm parti. Surat ini diutuskan kpd Tunku Abdul Rahman kerana Dr Mahathir merasakan beliau tidak mengutamakan bangsa Melayu, seperti yg sepatutnya. saya rs langkah ni sgt bagus..kerana melayu akan mundur selama2nya di tanahair sendiri jika melayu tidak dihiraukan..

kedua, amalan membaca. sejak dr kecil Dr Mahathir telah dipupuk minat membaca oleh ibu bapanya. knowledge is power. bahasa inggeris salah satu element yg sgt penting utk kita menaikkan martabat diri kita. saya skrg sedang belajar utk membaca sebelum tidur. at least, 5 pages. membaca buku2 sejarah islam, kisah2 nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW yg sepatutnya kita tau segala2nya tentang baginda..utk menjadi ikon atau role model terbaik sebagai ikutan..slps itu, tentang sejarah dunia, pemimpin yg disegani, kisah2 dunia etc..pada saya, saya akn mulakn dgn kisah Rasul dan kemudian akan beralih ke kisah lain.

Ketiga, tentang lantang bersuara. spt Dr Mahathir, suaranya tentang kebodohan dan kesombongan presiden bush, tentang Yahudi etc..menyebabkan beliau dikecam teruk oleh pemimpin2 dunia.saya dapati saya ada sifat yg sama dgn Dr Mahathir utk bab ni. sbb betul2 mengalami masalah bila nak menyatakan pendapat, perasaan atau ketidakpuasan hati tentang sesuatu perkara. saya pernah mempunyai kawan rapat. tetapi sbb saya menyatakan apa yg saya rasa, dia telah tersinggung dan hubungan kami renggang. saya agak menyesal..dan saya juga akui, saya tidak pernah dpt menjalin persahabatan dlm tempoh yg lama disebabkan kelantangan saya. saya selalu bercakap dgn lantang tentang perasaan saya, apa yg rasa perlu utk membuat diorg tau. saya akan belajar lagi macamne utk bersuara tp tak menyakitkan hati atau membuat perasaan org lain terguris. i believe that life is a learning journey.

bersambung..

Sunday, November 22, 2009

Monday blues

harini bangun lambat, pukul 7.30AM..hmm lambat ke tu? perjalanan ke mmhe mengambil masa hanya 6 min jika traffic smooth, tp pada masa ini, plus nak siap2 dulu, mengenangkan jln jammed, parking xde n monday blues, saya telah decide utk x pegi kerja. yeay! hehe

tp boss mesti suh bg justification letter utk TNA yg ada single swipe..yg selalunya hari isnin :(

hmm..utk parking kete, maybe someday saya akan attachkan gmbr parking lot utk mmhe employee yg sgt2 pack mcm ikan sardin! kalau anda bekerja di mmhe dan kereta anda tidak pernah bercalar atau sengaja dicalarkan, anda bukan bekerja di mmhe! ni terjadi samada anda telah dilanggar secara sengaja atau tidak, atau dicalarkan secara sengaja kerana memblock kereta org lain. sgt2 ngeri dan kalau anda menggunakan kereta husband anda yg spt saya, hari2 semasa blk kerja sgt menyeramkan..krn saya akan cek setiap bucu kereta..samada berkeadaan sama atau telah bertambah calar dr sehari ke sehari..huhuuhu

okla, tp saya selalu nasihatkan diri saya utk menjadi seorg pekerja yg rajin+jujur+berdedikasi. supaya gaji yg saya dapat utk perbelanjaan adalah halal dan berkat. yeay, saya akui saya insan yg lemah, tp akan terus berusaha utk menjadi lebih baik..

i luv u till d end

hmm..td dah antar hubby saya ke stsn bas. dia dah balik KL to continue his stdy for another 1 week. Miss him already..

spend time weekend dgn dia lepak2 kt rumah n watch movie: ps i love u. actually dah baca buku ni (separuh je)..n dah lama download dvd movie ni. but kelmarin baru tgk..

really sad and sweet movie..my hubby pun suka..

kadang2 rs bagus juga just jumpa once a week or sekali 2 minggu coz rasa lebih menghargai each other. hari2 kt rumah, duk berdua asyik berselisih faham..ada je yg xkena..huhu. tp i admit, lps 2taun stgh kawin, mmg byk dugaan n cabaran yg kami tempuhi. alhamdulillah, segalanya diselesaikan dgn baik n harapan semoga berkekalan n berbahagia smpi bila2. dan, semoga Allah mengurniakan kami zuriat secepat yg mungkin to light up our life n love.

ok, just a quick update utk mlm ni.

esok monday, uhh..malasnya nk g kerja!!

home sweet home

Salam..wah lama betul xupdate blog. I'm so enjoy my life now without study and exam. haha. tp hubby is not around :( lagi seminggu dia abis class plak, n bole la lepak sama2..

hmm..akhirnya, satu lg impian dlm hidup aku tercapai..utk membeli rumah sendiri. deposit dah bayar 10% (fuh, koring kontang duit den) n nanti awal jan 2010 insyaAllah dpt kunci...n duit lagi utk renovate ni. huhu. so, jual baju kena lg sungguh2 utk dpt duit skit :)

tp kena admit la, jualan smakin slow :( tgh intai2 peluang lain gak ni. saper2 ada idea sila comment yea.

ok kt bawah ni ada gambar2 model rumah yg ku beli. gambar2 rumah contoh n rumah dah siap dah ada, tp xnk tunjuklah,,sbb nanti xsuprise plak. huhu..


Sunday, November 8, 2009

girls day out

smlm, aku, dik dah n aimi pegi jln2 ke jb. 1stly g amik dik dah kt flat dia kt tmn uda, pastu g makan kt restoren singgah selalu depan danga bay. aku oreder fish n chips, dik dah order nasi grg seafood and aimi plak mee hong kong. semuanya xsedap. tp aku pelik, sbb mmg ramai org datang restoren ni. mmg besar n banyak cawangan dia..n semua kata makanan sedap. pada aku, xsedap pun. aku penah mkn gak kt bandaraya, xsedap jugak. n service kt situ mmg extremely slow!! eii..memang dah xkan pegi lagi dah. serik!

pastu pegi metrojaya plak. mmg ni la tujuan utama datang!! huhu. nk g beli bantal n towel. n biasala...shopping!!! huhu. jumpa amirusyam n wife dia, bukan main lg borong. huhu

mula2 ingat nk go through semua tempat, tp ntahla, ramai sgt org n barang2 xberapa menarik..perfume pn xbyk choice. so end up beli bantal besar 2, bantal kecik 4 n towel 2. huhu. tgk la gambar bawah ni. banyak sgt bantal. huhu

pas2, nmpk tempat2 yg lawa dlm persada ni, so snap2 la kejap buat kenangan.

pastu g plak ke angsana..tujuan utama, nk g buatt treatment mata kt permata hijrah. diorg ada buat rawatan percuma..haritu ada tgk kt berita, makcik tu siap nangis sbb terharu dapat baca surat khabar lps buat treatment..n rabun jauh lak power dr 175, turun jadi 100. wow, tu yg pikir nk give it a try. mana tau boleh baik, xyah pakai cermin mata dah. penat dah pakai rasanya..dr sek men lagi tau. hmm..masa treatment tu, dia sembur mata tau.. macam spray gitu. pedih giler..n dia titik plak ubat mata..pastu dia bg pakai spec untuk urut. uish best gak rasanye..n lps tu rasa terang skit mata. ubat dia plak RM29.90 sebotol kecik. xbeli pun..huhu. tp kalau ada saper2 yg nak try, sgt2 la recommended.. sbb dgn izin Allah, mana tau menjadi kan?

pastu dlm kul 9mlm kitorg pun blk. penat oo kaki berjalan banyak. tp xtau jln. aku rasa sengal giler sbb patutnya angsana nak blk psr gudang tu jln dia simple je. tp agaknye sbb mlm kan...xnmpk jalan..boleh sesat sampai ke kempas..setgh jam tau sesat! cuak gak, tp alhamdulillah jumpa gak jalan yg benar. huhu..

kt highway pasir gudang jammed plak dah..sebab ada kete satria putih mati kt tengah jalan. adiu geram giler. apa salahnya tolak ke tepi jalan? sbb dia je, dua2 belah lane jammed tau. ish..geram tul. sampai umah pukul 10mlm..tgk tv and terus tdo. huhu. owh tgk tv drama kt tv3 pasal poligami. pergh lelaki2 kt luar sana mesti suka citer ni. bini dia suh laki dia kawin lagi satu. laki tu xnak mula2, tp bini dia nasihatkan..huhu..bahagia giler kan? hahaha

sekian

woo..saper2 shopaholic tu..mmg syok ar g ni..
hasil shoppingbendera
pintu pn jadilah..asalkan bergambar. hehe

Saturday, November 7, 2009

detomaso ke shah alam :)

salam.. ni post yg lambat seminggu ni. hehe. tp still nk upload gak :) hari ahad minggu lepas aku & hubby g Shah Alam naik kete detomaso bijox. huh..penat giler..biasala kete dah berumur kan? bertolak pukul 7.30 pagi, g larkin beli tiket utk aku blk pasir gudang plak. huh, balik hari ok..kul 11mlm naik trans..PENAT!!

tp seronok sbb dapat jalan2..1st time sampai shah alam naik kete. dulu penah datang dgn linda g ITM naik bas..biasala zaman2 belajar dulu kan..

kt bawah ni gambar2 kenangan..mmg best..tp sedih sbb hubby ku dah jauh..2 minggu kt sana baru akan balik..owh lupa plak, dia g sana sebab ada kursus under sirim AWS Welding Engineer. wish u best of luck cayang!!

baju merah naik detomaso merah..
nak snap gambar sendiri, tp xnmpk plak :(lalu kt sebelah stadium shah alam :P
1st time tgk live masjid shah alam yg famous ni tauni plak xtau bangunan apa..tp lawa la design dia kan?

Friday, November 6, 2009

compilation of us

salam..dah lama x update blog..bz coz stdy. paper Mr Ian (Design and Construction very2 damn susah!!!)..harap2 pass la..gambar2 ni compilation gambar2 kami dgn lecturer. hope not to see u again (sbb xnak repeat). hahaha..and minggu depan last kelas kitorg..FAA..xtau lecturer mana akan trn ajar. n yg paling best, diploma utk level 1 (specialist) dah kuar. tp mmhe pegang :( kitorg dpt 3 diploma utk setiap level..dari TWI, IIW and EWF. so utk 3 level, total 9 diplomasss..banyaknye! :)

Mr. Ian
Mr. Ray
dr. mario

gambar ni plak kawan aku upload kt facebook. teringat zaman stdy kt USM dulu. ntah mana la diorg ni semua skrg. miss u guys..kalau buat reunion ok gak kan?

Monday, October 26, 2009

Mr Ray

salam..harini start kelas WPE 3 (Welding Process Engineering Level 3-Engineer). jumpa dgn Mr Ray, lecturer TWI from Newcastle = Kota Bharu? hahahaha

Hmm..dia sangat professional n very experience in welding. n he is also one of the lecturers for this program in UK. hmm..sini aku nk citer pasal dia..what he told us in the beginning of our class.

THERE IS NO SUCH THING AS A STUPID QUESTION! He said, in UK, students can ask as many questions as they want. the learning process is in two ways which is interaction between students and lecturers. in Malaysia, we are really afraid to ask questions because our questions may sound stupid to the lecturers and students. they will laugh their hearts out and make joke of it for the rest of our life? agree?? tp dia ada kata gak...but there is a stupid answer..so, beware!! sebelum jawab apa2..think carefully!

2nd, he asked us whether we were comfortable with our class arrangement. we just said.."yeah..this is the best we can get". he said, i don't like u all to see the back of other students. please make a U shape of table arrangement so that we can make this class more towards a discussion class..hmm..me myself feels that the arrangement was a good idea but maybe some of us will be having a neck-ache for turning our head towards the projector..haha

hmm..apa lagi eh? the best thing yg i perasan pasal lecturers dr overseas ni, diorg xpernah ckp "no" for our opinions...walaupun kita jawab salah..dia xkan ckp yg jawapan kita salah. dia akan fikir sekejap n try to make our answer seems maybe..or yeah..it can be... mcm kita punya opinion ada betulnya..xde sampai totally menolak terus bulat2..diorg really appreciate apa yg kita fikir and walaupun salah, still diorg cakap maybe and diorg akan bg pulak pendapat diorg and we compare pendapat yg dia bg dgn pendapat kita..n it will become a discussion.. bagus kan?

tp ye, bukan semua diorg mcmtu..tp diorg ni mmg mindset macamtu dari kecik sampai besar. kita boleh ambil yg baik2 ni and aplikasi dlm kehidupan kita. betul x?

ok cukup pasal Mr Ray, ckp pasal paper WPE 2 dulu plak, result br dpt td and sadly, ada 8 org dapat borderline. ramai jugak out of 20 kami2 ni. En Faisal kata sbb maybe lack of experience, tu sebab ramai fresh grads yg dapat borderline. tp diorg semua bijak2 n sangat rajin. I'm sure diorg xde masalah dgn oral test utk bordeline nanti. Good luck guys!

N also, good luck utk minggu ni. belajar rajin2..jgn asyik membebel kt blog je..hahaha..

Sunday, October 25, 2009

al kisahnyer..


hi..sambung citer smlm..nk bg comment pasal movie my sister's keeper. movie ni sangat2 la menyentuh hati. sedih sgt2 sampai nangis la skit2. huhu.

1st of all, appreciate and love your family members walaupun apa keadaan mereka. remember that your family is the greatest thing you have in your life. 2ndly, the story is about learning to let go. even though u r really love it and x sanggup nk lepaskan sesuatu tu pergi, tp we have to think about others and ourselves. last but not the least, kadang2 kita rasa kita sakit dah teruk sgt2, tp fikirla yg ramai lg org lain dlm dunia ni yg lg teruk dr kita. in this film, cameron diaz's daughter ada kanser (leukimia). there is no cure to cancer until today.

n for me, i am very sad to see the relationship of mom-n-daughter..i wish a have a child..n I'm really sure, someday god will granted us with sons and daughters..

hmm..n owh lupa plak, citer ni based on the best-selling-novel.

recommended utk korg tgk tau!

hmm..citer pasal hari sabtu..kitorg g makan sup ekor n burung puyuh masak kicap. sedap gak tp gelap tmpt tu, xnmpk sgt makanan :( kenyang sgt2..uish menambah berat badan betul..

n pastu g GIANT utk tukar spec. beli mahal2 jenama reebok plak tu. pakai seminggu dia punya frame dah terhakis colour..nasib baik warranty setaun..so dapat la tukar selepas 2 minggu gak la menunggu..

harini ahad, duk lepak2 n kemas rumah skit2..malasnye,,esok kelas plak..

Saturday, October 24, 2009

break

exam dah habis. hooray..ingat harini n esok nk prepare utk next week punya topic plak..tp tgk la camne, kalau rajin. huhu

td dah layan desperate housewives and gossip girls..pastu ni nk layan movie my sister's keeper plak. terpengaruh utk download movie ni pas tgk promo dia dalam oprah show. cameron diaz berlakon sbg mak yg ada anak sakit kanser. n doc sarankan dia pregnant seorg anak lg secara IVF utk tolong bg something (derma organ kot) pd anak dia yg kanser tu.. anak 2nd dia ni membesar sayangkan kakak dia...tp dia fikir macamne dgn diri n masa depan dia? n dia nak saman mak ayah dia sbb create her just only for fixing her sister..sounds interesting kn? i love this kind of movie yg dpt beri pengajaran dan pengalamn dlm hidup. it might happen in reality and for all of us.

ok now nak layan dulu..nanti i bg komen pas siap tgk..

Friday, October 23, 2009

oral test MAB 3

Salam..hmm..lagi2 citer pasal class n ketensionannye..huhu..

alhamdulillah dah habis oral test utk MAB 2. start dr kul 8 pagi...sampai 9 mlm nk abiskan semua 20 org. cian dr. mario n en. faisal. tp dah keje diorg kan? huhuhu

mcam2 reaksi..ada yg kata senang, ayam je la, yg susah, yg blur, xtau apa benda nk cakap..n aku plak, soalannya banyak..n byk gak yg aku xtau+goreng, tp ok la kot. tp td masa nk balik en. faisal kata dr. mario kata aku a bit nervous n lost, so aku dapat borderline..means kena buat oral lg sekali? oh tidak!!!!! hmm..tp official result maybe kuar esok..harap2 aku dapat lulus..no need oral test..coz kalau borderline, kena buat repeat guna ym or skype...sbb dr. mario xkan nkn trn semata2 utk repeat oral? n dengar2 citer plak, mcm MMHE xbayar utk repeat for engineer level ni. ntahh laa..tension tul!!!

n aku pulak berfikir2 utk grab chance keje kt sarawaak as qaqc engineer. sounds interesting..aku duk pk2 since shawal bgtau aku ada kawan dia nk resign n cr replacement kt company dia, sarku, sarawak..keje ni on off kt offshore..client SSB..hmm..aku ada tanya opinion en faisal n en ali (my friend kt bredero masa praktikal u kt kuantan dulu), diorg kata benda yg sama...org sarawak x berapa suka org semenanjung..lagi2 pompuan. is it true? i hope it's not true. coz kitakan satu malaysia..uhukhuk..tp mmg kena pikir panjang lg, tanya opinion org lain, mak ayah, family etc..but the salary is gooooooooooooood enough! huhuu..td en ali call dr brunei to say hi n also give me his opinion, tp hp plak bateri kong. damn!!

n ada satu berita paling best for this week..akhirnya abgku yg tersayang dapat offer utk buat AWS Welding Engineer kt SIRIM, Shah Alam..congrats abg :) class akan start awal november selama sebulan. dia akan minta unpaid leave. hopefully boss dia akan bagi..n aku tinggal sorg2 kt umah..waa..tp adik ada..boleh temankan..n nak kena tumpang zuba g keje..huhu..

hmm..td g antar aimi (adik iparku) balik kelantan utk interview nurse. sepatutnya minggu ni grounded week kt poli sbb exam mgg depan, tp kena balik gak utk interview. good luck sis! siap nyorok2 dr pak guard masa nak kuar pagar poli td.haha.nasib baik lepas.

masa g hantar aimi, singgah kt complexpasir gudang, makan, solat n aku plak merayap kt kedai buku. n membeli 2 buah buku kt bawah ni. rasa nk tau kisah hidup nabi2 junjungan Allah. asyik tengok movie n tv series omputih je..kisah nabi sendiri xtau n xnak plak ambik tau? huhu..pasni akan aku baca sampai habis+hafal. berguna ni sebagai pedoman hidup. n satu lg, buku kisah cinta sejati khadijah...buku ni pasal cinta agung Nabi Muhammad SAW dgn Khadijah...buku dia cantiik sgt. page dalam2 pun lawa. huh, tp kena tgg abis exam la baru boleh baca..sbb nanti kang ntah ke mana2 welding engineer diploma tu. huhu

esok pagi kul 8 ada exam tau. doakan aku berjaya! amin..

wassalam..

nota2 ku minggu ini
buku yg bagus
utk menjadi seperti Khadijah dan Nabi Muhammad SAW
cantikkan corak pink kt buku ni?

Thursday, October 22, 2009

stdy dan stress

salam...

Harini sgt stress!!sgt2!! smlm oral test hampir 45min utk borderline. susahnya!! dr. mario said if we answer like yesterday in the engineer level..it's a failed!! OMG :(

tomorrow ada oral test utk engineer level. aku kena oral time org lain g solat jumaat..sbb ye la kan, pompuan x g solat jumaat..n lagi dua org, yoges and john. org2 lain semua kena cabut undi sbb kena fair la kan, randomly. masa utk sorg dlm 30 minutes, so start kul 8 pagi..utk 20 org..akan tamat jam 8 mlm? tu pun kalau ngam2 sorang 30 min. huhu, it's going to be a very loooooong day. n lusa kul 8 pagi akan ada written test selama 2 jam. kena jawab 4 soalan out of 6 kot. hmm..wish me luck ye!

ok, nk mandi n stdy!!!

ni gambar2 utk cara release stress...MAKAN!!! gambar di ambil di kipmart..makan yong tau foo..boleh la, xde la sedap sgt..tp kenyang woo..

nyummy...
alhamdulillah..kenyang :)

Tuesday, October 20, 2009

x g keje..actually x g class =P

salam semua. now is 8.59AM. aku x g keje! n x g class =P sebenarnya sama je la dua2 ni coz class aku pun kt mmhe..first 2 weeks buat kt dorsett hotel, pastu pindah blk buat kt mmhe coz ntah la nape..maybe mmhe xde duit nk bayar..huhu..n sepatutnye level ni kt ponderosa, tp xjadi jugak...so kitorg stay la kt mmhe..

the reason sbb aku g kelas..1st sebab ptg ni ada borderline repeat oral test, so aku decided nak stdy kt umah je la..kt class sgt tension! n lagi satu sbb after 34days, finally i've got the thing yg every woman kena setiap bulan tu. hmm..i thought i'm pregnant sbb mgg lepas muntah n pening kepla teruk sgt. my hubby pun dah suka je..we waited 2years 4months to have a child. tp blum ada rezeki jugak lg :(

sedih sgt2...tp tetap xkan berputus asa n mencuba sehingga berjaya

doakan kami yea...

ketensionan melanda :(

salam..

harini aku sgt2 tension+tekanan+pressure. smlm class dah start, tp smlm aku baca 2 page je, pastu tdo. dah set alarm kul 4 nk bgn stdy, tp aku xbangun pn :(

harini lg banyak yg kena stdy+hafal+fahamkan..esok kul 4 ada oral test utk border line utk yg xpass MAB2. hmm..apa nk jawab? dah la dr mario tu skema tahap gaban. lusa plak kul 4 dah start oral test utk MAB3. pastu jumaat lak ada exam kul 8pg!! n tghari tu sambung oral test sampai la ke ptg. kami ada 20 orang. minumum seorg 30 min..soalan yg akan ditanya dlm 4 ke 5 soalan. banyaknya...passing mark 70. exam written yg kul 8 pagi tu kena jawab 4 soalan dr 6 soalan dlm masa 2jam!! 1 soalan kena jawab at least 3pages!! waaa..bayangkan betapa pressurenye aku ni. susah nk gambarkan. td masa kelas aku pressure sgt2, kuar dr kelas g solat zohor n tdo 15 min, bangun masuk kelas balik br fresh skit. dr mario senyum2 je mcm tau aku pressure. g buat post weld heat treatment (PWHT). huhu

did i mention yg aku ni sorg2nya student pompuan dlm kelas 20 org tu. n insyaAllah kalau aku passed (harap2 la...doakan laa eh), aku la pompuan pertama yg ada diploma in welding engineer...certified by EWF (Engineering Welding Federation, UK) and IIW (International Institute of Welding, UK) and TWI (Tech Welding Institute) dan ada laa..aku pn xtau amenda. huhuhu. aku amik kos ni atas company aku sponsor. company aku MMHE Sdn. Bhd. ye! kos utk seorg lebih kurang RM50K++!! sangat2 mahal ok..n sbb tu la company bond kitorg sampai 8 taun whether u passed or failed. an among 20 org ni, hanya beberapa org je yg akan ditarget lulus sampai ke level 3 dan dapat diploma. fuhh..harap2 la aku dapat..

ky UK, kos ni hanya di ambil oleh engineer2 yg ada 20taun++ experience. kalau mcm kitorg ni yg br keje engineer 2, 3 taun n lg 7 org fresh grads tu..mmg korang pun tau la keadaannya camne kan? huishh..mmg tersangat2 la memerlukan jiwa, fokus, hati n kecekapan minda yg tahap pro. dalam 4 ari akan belajar 16 to 19 topics yg u don't have any idea apa jadah menda tu. skrg ni MAB (Materials and Behaviour class, microstructures, phase diagrams, types of steels, corrosion, weladability etc..). bertambah2 ngan xtau soalan apa n macamne yg kitorg akan dapat at the end of the course (ari jumaat). n kelas ni akan berlangsung selama sebulan dgn setiap minggu yg packed n hectic + Examssss..huhuhu. selama 3 bulan yea :)

jadi, mood xbaik, hati selalu panas, tgk semua org mcm nk maki..hormon serba x kena..hari kamis every week kepala akan weng and x dapat tdo semalaman utk menghapal segala2nye.

jadi, doakan la kebahagiaan aku utk class yg level last ni, semoga aku lulus n xde kena repeat dah :( sbb dengar2 kata, mmhe akan bayar repeat sampai level 2 je (technologist level), kalau xpassed level engineer, paham2 je la eh. kalau nk gak diploma engineer level, kena la bayar duit sendiri..n bayar plak dlm Pound Sterling. n nak kena panggil lecturer dr overseas lg..hmm...

sekian saja bebelan utk hari ni. nak mansi, solat n stdy plak. opss, arini adik dah datang umah (dia keje kt HSA, JB). dia cuti so dtg la umah aku melepak2..plan nak ajak dia makan KFC mlm ni. td dia sms suh htapau, apa mengidam ntah tetiba je..huhu

ok catch u tomorrow yea..

Monday, October 19, 2009

convo caca

walaupun dah lambat, tp still nk upload..sbb happy sangat :)

caca ni adik iparku. baru abis tesl kt UIA. ni gambar2 masa convo dia. n paling membanggakan, dia dpt best graduate in TESL n education. dapat 2 award (yg sgt2 berat!) and RM1k $$

siap bagi ucapan kat dewan convo lg. wah terharu sgt2..sob..sob..

congrats dear. ngajar english rajin2 kt sek. keb laloh tau :) dah abis zaman belajar, kerja plak..kumpul duit..n kawin..hehehe

caca dan bunga2 nye :D

ni aku ngan gmbr paling lawa (muka xtembam sgt n bunga yg cantik utk caca) hehe

aku, caca and abg ~serious award tu berat giler :(

ayah, mak n caca

compilation of us and fren

xde keje ni..dah lama sgt tgg caca kuar dewan..huhu

ni pun sama la..xde keje..tp good actingkan amad ni. adik ipar kesayangan semua =)

new start

Salam. actually aku dah start post something aritu, tp delete balik. huhu. ni betul2 akan start. insyaAllah akan diupdate selalu :D

harini class WE dah start. mak ai mmg tekanan perasaan pagi2 lagi tau. dah la dr mario yg start class..susah woo MAB ni. ada member aku dua kali amk xpass2 lagi. cian sgt2 kt dia. aku pun failed gak 1st level, tp repeat alhamdulillah lulus. 2nd level pun x passed, tp ok gak sbb border line, so dapat la test oral je nanti. ni dah last level..fuhh..teramat la susah sekali. pray for me and us yea..

ok la nk g mandi n solat dulu. nanti sambung cerita lagi.

catch ya later

xoxo